Search

[“Saya Kena Memeluk Islam”]
.
Sejak tahu...

  • Share this:

[“Saya Kena Memeluk Islam”]
.
Sejak tahun lepas sebelum PKP lagi, Howie Yap pemuda berbangsa Cina telah berhubung dengan Bro Firdaus Wong menerusi WhatsApp & banyak bertanya soalan serta niatnya untuk memeluk Islam. Namun, beliau telah tangguhkan hasrat beliau untuk memeluk agama Islam kerana takut tentangan dari keluarga & dipulaukan rakan-rakan.
.
Perjumpaan yang dirancang dengan Bro Firdaus sering ditunda kerana kebimbangan kebimbangan yang bermain di benak hatinya.
.
Namun Alhamdulilah hari ini beliau nekad datang ke MRM untuk berbincang tentang situasi beliau dan alhamdulillah selepas perbincangan, beliau mengambil keputusan untuk terus mengucapkan dua kalimah syahadah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
.
"Dari Tingkatan 4 lagi saya telah terdedah dengan Islam dan belajar dari kawan saya. Kadang-kadang saya akan screenshot gambar dan bertanyakan ilmu tentang Islam. Namun, ibu bapa saya tidak bersetuju jika saya memeluk Islam. Saya sudah tidak dapat tahan lagi untuk memeluk agama Islam"
.
Beliau yang pernah belajar solat dan tentang islam dari kawan-kawan muslim dia yang lain, akhirnya telah memberanikan diri untuk mengucap dua kalimah syahadah. Semoga Allah turut memberi hidayah kepada ahli keluarga beliau. Allahuma Ameen.
.
Memandangkan Bro Firdaus ada urusan lain dan perlu ke Perlis, maka Eksekutif Dakwah MRM iaitu Bro Adam Tan yang baru setahun memeluk Islam telah menjawab segala persoalan Howie dengan baik dan diIslamkan oleh Bro Adam. Muallaf setahun jagung juga mampu berdakwah, sahabat semua juga pasti mampu mengikut kemampuan masing-masing. Jom dakwah je...
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts